HRHR BijakMediaoleh BijakMediaMY

Notis Privasi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Dikemas kini Oktober 2026.

Siapa kami

Sistem ini dikendalikan oleh BijakMediaMY ("kami"). Syarikat yang mendaftar ("majikan") ialah pengguna data bagi maklumat pekerja mereka; kami memproses data tersebut bagi pihak majikan untuk menyediakan perkhidmatan.

Data yang disimpan

Maklumat akaun (nama, e-mel/telefon, kata laluan yang disulitkan), maklumat syarikat, dan maklumat pekerja yang dimasukkan oleh majikan seperti no. kad pengenalan, gaji, akaun bank, no. KWSP/PERKESO/cukai, rekod cuti, kehadiran (termasuk lokasi GPS ketika punch in jika diaktifkan), tuntutan dan resit, serta slip gaji.

Tujuan

Semata-mata untuk pengurusan sumber manusia dan gaji oleh majikan. Kami tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak ketiga untuk pemasaran.

Akses

Hanya pemilik akaun syarikat boleh melihat semua rekod syarikat. Pekerja hanya melihat rekod mereka sendiri. Pentadbir kami hanya mengakses data jika perlu untuk sokongan teknikal atau keselamatan.

Keselamatan

Sambungan HTTPS, kata laluan disulitkan, had cubaan log masuk, pengesahan 2 langkah pilihan, fail resit disimpan di luar akses awam, dan salinan sandaran harian.

Penyimpanan & pemadaman

Data disimpan selagi akaun aktif. Majikan boleh memadam akaun dan semua data syarikat pada bila-bila masa melalui Tetapan. Sandaran dipadam secara automatik selepas 14 hari. Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod gaji mengikut tempoh yang dikehendaki undang-undang (muat turun slip/laporan sebelum memadam).

Hak anda

Pekerja yang ingin mengakses atau membetulkan data boleh menghubungi majikan masing-masing. Untuk pertanyaan lain, hubungi kami melalui WhatsApp 018-355 5622.

© 2026 BijakMediaMY · Notis Privasi · Terma · Perlukan laman web? WhatsApp 018-355 5622