HRHR BijakMediaoleh BijakMediaMY
Percuma · Bahasa Melayu · Untuk PKS Malaysia

Urus pekerja, cuti & gaji tanpa Excel yang berserabut

Rekod pekerja, permohonan cuti, punch in dengan QR, tuntutan berserta resit dan slip gaji dengan KWSP, PERKESO, SIP, SKBBK & PCB dikira automatik.

Percuma sehingga 5 pekerja. Tiada kad kredit diperlukan.

Rekod pekerja

Maklumat peribadi, jawatan, gaji, bank, no. KWSP/PERKESO/cukai dan kenalan kecemasan di satu tempat.

Cuti ikut Akta Kerja

Kelayakan cuti tahunan & sakit dikira ikut tempoh perkhidmatan. Pekerja mohon dari telefon, anda lulus dengan satu klik.

Punch in dengan QR

Tampal poster QR atau papar QR berputar di tablet. Semak lokasi GPS, lewat dan OT secara automatik.

Tuntutan + resit

Pekerja tangkap gambar resit, anda lulus, dan bayaran boleh dimasukkan terus ke slip gaji.

Gaji & caruman automatik

KWSP ikut Jadual Ketiga, PERKESO & SIP ikut jalur RM6,000, SKBBK, dan PCB kaedah berkomputer LHDN.

Slip gaji, Borang EA & fail bank

Slip gaji PDF, Borang EA (C.P.8A) tahunan, levi HRD Corp, ringkasan KWSP/PERKESO/PCB dan senarai pembayaran bank (CSV).

Percuma

RM0
  • Sehingga 5 pekerja aktif
  • Semua modul: cuti, kehadiran, tuntutan, gaji
  • Portal pekerja & slip gaji PDF
Daftar

Penyokong ♥

RM15 / 3 bulan
  • Pekerja tanpa had
  • Slip gaji tanpa promosi, dengan cop syarikat
  • Warna jenama sendiri
  • Baucar RM100 untuk laman web BijakMediaMY

Sokongan anda membantu kami kekalkan sistem ini percuma untuk perniagaan kecil.

Soalan lazim

Adakah kiraan caruman tepat?
Kami ikut jadual rasmi KWSP, PERKESO dan spesifikasi PCB berkomputer LHDN 2026, dan menyemak setiap kiraan dengan contoh dari jadual rasmi. Anda masih bertanggungjawab menyemak dan menghantar caruman melalui portal rasmi (i-Akaun Majikan, ASSIST PERKESO, e-PCB Plus).

Siapa boleh lihat data pekerja?
Hanya pemilik akaun syarikat. Pekerja hanya nampak maklumat dan slip gaji mereka sendiri.

Apa jadi jika langganan Penyokong tamat dan saya ada lebih 5 pekerja?
Tiada data dikunci. Semua pekerja sedia ada terus boleh guna sistem dan gaji tetap boleh diproses — anda cuma tidak boleh menambah pekerja aktif baharu.

© 2026 BijakMediaMY · Notis Privasi · Terma · Perlukan laman web? WhatsApp 018-355 5622